Wednesday, January 19, 2011

CD NGAJI QUR'AN (QARI MALAYSIA KITA)

ari ni kawe nak promote cd pulak. cd ngaji qur'an alunan qari malaysia-ust khairul anuar bin basri. inilah satu-satunya cd ngaji yang pertama dialunkan oleh rakyat malaysia...ust khairul ni kira macam adik kawe la...org sekampung-besut, terengganu. kebetulan tempat asal kami sama, senanglah kawe nak dptkan cd ni. cuma ambik kat rumah ayah bonda beliau sahaja...Alhamdulillah.

 cd disediakan dlm album, diisikan ke dalam kotak
(memang nampak kemas & cantik)

 wajah ust khairul yang 'cool' dipamerkan pada kotak cd

 semasa mengaji di saluran ASTRO OASIS,
 pada bulan Ramadhan 1431 yang lalu

bersama MAHER ZAIN (penyanyi nasyid dari LUBNAN tu...)

oh ye...dlm album cd ini mengandungi 21 keping cd biasa (bukan mp3). sengaja dibuat demikian oleh pengeluar (inteam records), mungkin utk mengelakkan kerosakkan yang total sekiranya dirakam dlm 1 cd sahaja. kalau 1 cd sahaja, 1 rosak, kena beli baru untuk 30 juzuk,kan? rugi...

harga..amat berbaloi jika anda memilikinya...hanya RM135 (tidak termasuk kos penghantaran-by pos). anda minat? hubungi kawe : 019-663 6699 atau 012-635 6769.

Tuesday, January 18, 2011

STOK BARU BUKU COKLAT...YEY...


assalamualaikum semua peminat buku Terokai Rahsia Coklat,

petang tadi terima berita gembira daripada pengarang buku Terokai Rahsia Coklat, buku on the way...So, kepada semua peminat-peminat coklat (yg nak buat coklat-makan sendiri atau buat coklat-nak jual), sila lawati laman blog ini atau web perniagaan saya (rahsiacoklat.com) dari semasa ke semasa untuk mendapatkan buku yang anda perlukan.

100 buah buku berkenaan yg saya jual sebelum ini sudah sold out! 100 buah lagi akan diterima dlm beberapa hari lagi...TUNGGUUUUUU...



Tuesday, January 4, 2011

balik kg-buat coklat


lusa, 6 jan, kami sekeluarga plan balik kg-besut, 3 hari jer.. nak meraikan inspektor shahrizal kawen..best jugak, leh makan gulai kawah. kat rompin ni payah sangat-sangat nak makan gulai yg ikut selera tekak aku..asyik-asyik opor, asyik-asyik opor, xsedapnyer! kat kg, yg best sekali dapat makan nasi belauk keropeh ayam kak lah kat kg lahar dekat kg raja..jumaat dapat. sabtu dapat. ahad pun dapat..bestnyer..bestnyer..bestnyer..balik kg nanti, kena bawa balik 2 ekor anak kucing kesayangan aku-sitam & abe. nak ditinggalkan kesian pulak, kecik sangat lg..nanti xdapat makan pulak. x pasal-pasal mati nanti..



jumaat atau sabtu tu pulak, aku plan nak buat coklat sikit. dgn bantuan kakak mawaddah. stok coklat lama ada banyak lagi..cuma bahan sampingan yang ada sikit jer..tu no problem, leh beli kat jerteh. bagus jugak jerteh ni..walaupun bandar xla besar sgt, tapi semua ada..yang paling aku suka harganya pun murah. yg kurang best, tauke kedai coklat-cina. nak cari kaum melayu payah sikit la. sb apa, buka kedai coklat ni mungkin memerlukan modal yang agak besar..xpe la siapa pun yang jual. aku pilih bahan yang halal jer..kalau ada bahan WHEY..memang confirm XHALAL.

masa free tadi tengok majalah SAJI, keluaran Januari 2011. ada berita 9 chef terkenal di Malaysia, termasuk juga chef amer-chef yang tulis buku TEROKAI RAHSIA COKLAT yang aku sedang jual dan laris macam goreng pisang panas. kat dalam majalah tu ada 5 resepi coklat yang terbaru tapi hampir semuanya guna coklat couverture..agak sukar nak buat kecuali orang yang pro macam chef amer. aku sekarang sedang tunggu ketibaan stok baru buku coklat tu..web rahsiacoklat.com berbayar aku tu pun dah nak kena bayar lagi 1 tahun. kira masuk tahun ke 2 la..biz yang agak baik walaupun web nya xlah canggih. maklum saja, baru belajar buat pertengahan tahun 2010 yang lalu. aku xsuka bina blog untuk jual buku, sb JUTAWAN INTERNET  (IRFAN KHAIRI), kata..blog ni biasanya untuk cuba biz jer..maksudnya bagi pengusaha-pengusaha yang berbiz sambilan sahaja. bagi aku, walaupun pernah gagal dalam berbagai biz termasuk MLM dll, aku xpernah patah semangat.


berbalik pasal biz, sekarang aku sedang mengorak langkah dalam bidang hartanah. kata orang, bidang ni untung besar kalau dibuat dgn cara yang betul. sebagai contoh, ada sebuah rumah yang aku beli beberapa tahun lepas (2003/2004) dgn harga rm79 ribu, sekarang nilainya dah naik kepada rm160 ribu. berbaloi apa? sambil-sambil tu aku kena cari ilmu tentang biz ni..mentornya aku dah dapat, nama DSR. harga kursus yang dikendalikan beliau agak mahal. mencecah 1 ribu jugak. sama macam kursus buat web yang dikendalikan IRFAN KHAIRI jugak..dekat 1 ribu. tapi, aku SANGAT YAKIN, hanya dengan ilmu sahaja kita dapat mendalami apa sahaja bidang yang kita nak ceburi, terutama bidang perniagaan. macam sekarang, dgn modal kursus 1 ribu tahun lepas, biz buku coklat laris sangat, sampai buku pun dah habis stok! apa sahaja biz, aku ingat pesanan DR AZIZAN OSMAN bagitau masa kursus tahun lepas..kita mesti ada ILMU, MENTOR & SISTEM. dgn adanya 3 perkara ni, apa sahaja biz yang kita buat akan berjaya...INSYA-ALLAH.

Monday, January 3, 2011

MULA KERJA LEPAS REHAT LAMA




malam tadi aku beria-ia menyiapkan RPH utk hari pertama sekolah. excited pun ada nak jumpa anak-anak buah baru, tahun ni. seronok jaga budak-budak form 1 ni. rasa cam jaga anak-anak aku sendiri pulak rasanya. yang manja-manja pun ada..x kira lelaki perempuan..hah,pasal cerita mengajar pulak...ari ni tup-tup xder kelas la pulak. bermula 8.10 am sampai la balik, 2.00 ptg, langsung xdapat jumpa anak2 murid..kata ari tu ari pertama mesti bermula P & P..frust betul la...petang pulak ada meeting. baru je minggu lepas meeting panjang 2 hari direct. ari ni meeting lagi..malasnya...ngantuk pun ada..al-maklum dekat 44 ari asyik makan tido, makan tido..haa ngko, rasakan! padan muka aku. petang, ambik anak-anak dari pengasuh, si bongsu demam la pulak..patut la malam tadi tido x nyenyak..nak demam rupanya..cian si aqeem. malam ni, demam dah kebah sikit pas makan ubat..cepat la baik ye sayang..umi rindu nak dengar celoteh sayang..makin petah berkata-kata..macam budak dah besar padahal umur baru 2 tahun 6 bulan. ni la fotonya si bongsu aku-AQEEM.

Sunday, January 2, 2011

BERITA GEMBIRA DI TAHUN BARU...

1 jan 2011 bermula dengan berita baik..chef coklat, pengarang buku Terokai Rahsia Coklat (Chef Amer), disenaraikan sebagai 9 CHEF TERNAMA MALAYSIA..dalam MAJALAH SAJI KELUARAN JANUARI 2011. Alhamdulillah. Aku tetap menjadi reseller tak rasmi buku coklat..harap lepas ni beliau akan keluarkan buku ke 2 tentang coklat. katanya buku Terokai Rahsia Coklat dah ada stok baru. cuma perlukan kaedah untuk sampai ke Rompin tanpa kos yang tinggi. kalau kos tinggi, alamatnya harga buku naik lagi la...aku nak letak harga online berapa RM pulak,kan? ok lah, ini saja yang dapat aku catat selepas berbulan-bulan tak buat apa-apa dengan blog ni...walaupun blog tak up-date, buku coklat tetap dapat sambutan, cuma stok yang tak sampai-sampai lagi...cepatlah chef, penat dah nak jawab dgn customer ni..hahaha...