Sunday, June 24, 2012

STOK BUKU TEROKAI RAHSIA COKLAT HAMPIR HABIS...

bulan jun menerima tempahan belian buku yang agak banyak...sedangkan stok sudah hampir zero...maknanya aku memerlukan stok baru sebelum tibanya puasa pada pertengahan julai nanti...macamana nak buat ye? dengan penggunaan duit yang agak banyak pada bulan mei dan jun lalu...mei-anak sulung mengerjakan umrah bersama-sama ustaz dan rakan-rakan maahadnya...jun-proses perpindahan barang sebab kena pindah ikut encik suami ke bera, pahang. tempatnya tak la jauh sangat dari rompin, cuma 2 jam drive tapi proses perpindahan mengambil masa 3 kali hujung minggu..huh! penatnya jangan kira la..nak packing, nak unpack..kemas dan susun masuk gobok...sampai pencen la macam ni..huhuhu..kena cari alternatif untuk dapatkan sumber kewangan. nak beli buku 100 buah untuk stok ke 3 kira ok la rasanya...perlu dalam ribu jugak kosnya tu...huhuhu...
 

Monday, June 20, 2011

NORIS GUEST HOUSE

sejak minggu lepas sibuk melengkapkan guest house pertama (NORIS GUEST HOUSE) berdekatan GAMBANG WATERPARK. banyak keperluan yang mesti disediakan bermula gate depan hingga gate belakang. semua perabut dah sampai semalam, import dari johor. semua kelengkapan disediakan-air cond, katil, almari baju, seterika dll. begitu juga bilik air dan dapur (semua peralatan boleh digunakan untuk memasak, tetapi makanan yang HALAL sahaja). sewa sangat berpatutan (cuma rm180 semalam). sangat murah jika dibandingkan dengan sewa hotel yang berdekatan (rm350-rm550 semalam). oh ya, bilik tidur utama dilengkapkan dengan pendingin udara (air-cond). bilik2 lain, kipas angin juga disediakan..


pandangan hadapan NORIS GUEST HOUSE


sebahagian pemandangan di dalam GAMBANG WATERPARK


kelihatan kanak-kanak seronok bermain air di GAMBANG WATERPARK ini

sekiranya anda berminat untuk membawa ahli keluarga dan anak-anak ke GAMBANG WATERPARK ini, sila hubungi saya, NORIZAN di nombor telefon 019-663 6699. first come first serve...

Sunday, March 13, 2011

BUKU & DVD ANGKASAWAN NEGARA

Selain buku Terokai Rahsia Coklat bersama Chef Amer, saya juga menjual Buku Tulisan Angkasawan Pertama Negara-Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masri (bertajuk : Journey to Space). Buku ini menceritakan tentang Dr Sheikh bermula dari zaman kanak-kanak sehinggalah beliau berjaya turun dari ISS. Buku ini ditulis dalam Bahasa Inggeris yang sangat mudah bagi menggalakkan semua golongan rakyat Malaysia meminati Bahasa Inggeris tanpa mengenepikan Bahasa Melayu.

Buku dijual pada harga RM50.00 sahaja sebuah
(tidak termasuk kos pos/penghantaran)
BONUS : DITANDATANGAN SENDIRI OLEH DR SHEIKH

Antara isi kandungan Buku "Journey to Space"
Terdapat banyak lagi gambar Dr Sheikh, termasuk di zaman kanak-kanak

DVD (bertajuk : Angkasawan...Inspirasiku) pula mengisahkan bagaimana bermulanya cita-cita beliau sehingga berjaya ke angkasa lepas, berkat daripada sokongan semua ahli keluarga..termasuk ayahanda dan bondanya...DVD ini dipersembahkan dalam Bahasa Melayu yang sungguh menarik...
DVD dijual pada harga RM50.00 sahaja/album/cd
(tidak termasuk kos pos/penghantaran)
BONUS : JUGA DITANDATANGAN SENDIRI OLEH DR SHEIKH

PROMOSI KELAS BUAT COKLAT DGN CHEF AMER

Mesej dr Chef Amer kita (Penulis Buku Resepi Terokai Rahsia Coklat) :

Salam semua....anda dipelawa untuk meneroka rahsia coklat bersama saya di 'Kursus Asas Terokai Rahsia Coklat Bersama Chef Amer'.

Tarikh : 26-27 March 2011

Masa : 9.00 am - 5.30 pm

Lokasi : Chef Amer Academy, Klang, Selangor

* Sekiranya tuan/puan ingin menghadiri kursus di atas,
jangan segan-segan untuk menghubungi saya,

Puan Norizan Ismail : 019-663 6699 (24 jam sehari, 7 hari seminggu)

 *Memang gerenti tuan/puan tidak akan kecewa...
insya-Allah ;)

 
BUKU TEROKAI RAHSIA COKLAT, TULISAN CHEF AMER
(STOK BUKU NI BANYAK DGN SAYA...SILALAH ORDER JIKA BERMINAT...)
 
MAJALAH SAJI KELUARAN JANUARI 2011,
DI MANA CHEF AMER TERSENARAI SBG
SALAH SEORANG CHEF TERNAMA MALAYSIA


COKLAT YANG SUDAH DIMASUKKAN KE DALAM ACUAN.
ACUAN NI KHAS UTK PEMBUAT COKLAT AMATUR.
YANG BARU NAK BELAJAR BUAT COKLAT LER... ;)


Wednesday, January 19, 2011

CD NGAJI QUR'AN (QARI MALAYSIA KITA)

ari ni kawe nak promote cd pulak. cd ngaji qur'an alunan qari malaysia-ust khairul anuar bin basri. inilah satu-satunya cd ngaji yang pertama dialunkan oleh rakyat malaysia...ust khairul ni kira macam adik kawe la...org sekampung-besut, terengganu. kebetulan tempat asal kami sama, senanglah kawe nak dptkan cd ni. cuma ambik kat rumah ayah bonda beliau sahaja...Alhamdulillah.

 cd disediakan dlm album, diisikan ke dalam kotak
(memang nampak kemas & cantik)

 wajah ust khairul yang 'cool' dipamerkan pada kotak cd

 semasa mengaji di saluran ASTRO OASIS,
 pada bulan Ramadhan 1431 yang lalu

bersama MAHER ZAIN (penyanyi nasyid dari LUBNAN tu...)

oh ye...dlm album cd ini mengandungi 21 keping cd biasa (bukan mp3). sengaja dibuat demikian oleh pengeluar (inteam records), mungkin utk mengelakkan kerosakkan yang total sekiranya dirakam dlm 1 cd sahaja. kalau 1 cd sahaja, 1 rosak, kena beli baru untuk 30 juzuk,kan? rugi...

harga..amat berbaloi jika anda memilikinya...hanya RM135 (tidak termasuk kos penghantaran-by pos). anda minat? hubungi kawe : 019-663 6699 atau 012-635 6769.

Tuesday, January 18, 2011

STOK BARU BUKU COKLAT...YEY...


assalamualaikum semua peminat buku Terokai Rahsia Coklat,

petang tadi terima berita gembira daripada pengarang buku Terokai Rahsia Coklat, buku on the way...So, kepada semua peminat-peminat coklat (yg nak buat coklat-makan sendiri atau buat coklat-nak jual), sila lawati laman blog ini atau web perniagaan saya (rahsiacoklat.com) dari semasa ke semasa untuk mendapatkan buku yang anda perlukan.

100 buah buku berkenaan yg saya jual sebelum ini sudah sold out! 100 buah lagi akan diterima dlm beberapa hari lagi...TUNGGUUUUUU...



Tuesday, January 4, 2011

balik kg-buat coklat


lusa, 6 jan, kami sekeluarga plan balik kg-besut, 3 hari jer.. nak meraikan inspektor shahrizal kawen..best jugak, leh makan gulai kawah. kat rompin ni payah sangat-sangat nak makan gulai yg ikut selera tekak aku..asyik-asyik opor, asyik-asyik opor, xsedapnyer! kat kg, yg best sekali dapat makan nasi belauk keropeh ayam kak lah kat kg lahar dekat kg raja..jumaat dapat. sabtu dapat. ahad pun dapat..bestnyer..bestnyer..bestnyer..balik kg nanti, kena bawa balik 2 ekor anak kucing kesayangan aku-sitam & abe. nak ditinggalkan kesian pulak, kecik sangat lg..nanti xdapat makan pulak. x pasal-pasal mati nanti..



jumaat atau sabtu tu pulak, aku plan nak buat coklat sikit. dgn bantuan kakak mawaddah. stok coklat lama ada banyak lagi..cuma bahan sampingan yang ada sikit jer..tu no problem, leh beli kat jerteh. bagus jugak jerteh ni..walaupun bandar xla besar sgt, tapi semua ada..yang paling aku suka harganya pun murah. yg kurang best, tauke kedai coklat-cina. nak cari kaum melayu payah sikit la. sb apa, buka kedai coklat ni mungkin memerlukan modal yang agak besar..xpe la siapa pun yang jual. aku pilih bahan yang halal jer..kalau ada bahan WHEY..memang confirm XHALAL.

masa free tadi tengok majalah SAJI, keluaran Januari 2011. ada berita 9 chef terkenal di Malaysia, termasuk juga chef amer-chef yang tulis buku TEROKAI RAHSIA COKLAT yang aku sedang jual dan laris macam goreng pisang panas. kat dalam majalah tu ada 5 resepi coklat yang terbaru tapi hampir semuanya guna coklat couverture..agak sukar nak buat kecuali orang yang pro macam chef amer. aku sekarang sedang tunggu ketibaan stok baru buku coklat tu..web rahsiacoklat.com berbayar aku tu pun dah nak kena bayar lagi 1 tahun. kira masuk tahun ke 2 la..biz yang agak baik walaupun web nya xlah canggih. maklum saja, baru belajar buat pertengahan tahun 2010 yang lalu. aku xsuka bina blog untuk jual buku, sb JUTAWAN INTERNET  (IRFAN KHAIRI), kata..blog ni biasanya untuk cuba biz jer..maksudnya bagi pengusaha-pengusaha yang berbiz sambilan sahaja. bagi aku, walaupun pernah gagal dalam berbagai biz termasuk MLM dll, aku xpernah patah semangat.


berbalik pasal biz, sekarang aku sedang mengorak langkah dalam bidang hartanah. kata orang, bidang ni untung besar kalau dibuat dgn cara yang betul. sebagai contoh, ada sebuah rumah yang aku beli beberapa tahun lepas (2003/2004) dgn harga rm79 ribu, sekarang nilainya dah naik kepada rm160 ribu. berbaloi apa? sambil-sambil tu aku kena cari ilmu tentang biz ni..mentornya aku dah dapat, nama DSR. harga kursus yang dikendalikan beliau agak mahal. mencecah 1 ribu jugak. sama macam kursus buat web yang dikendalikan IRFAN KHAIRI jugak..dekat 1 ribu. tapi, aku SANGAT YAKIN, hanya dengan ilmu sahaja kita dapat mendalami apa sahaja bidang yang kita nak ceburi, terutama bidang perniagaan. macam sekarang, dgn modal kursus 1 ribu tahun lepas, biz buku coklat laris sangat, sampai buku pun dah habis stok! apa sahaja biz, aku ingat pesanan DR AZIZAN OSMAN bagitau masa kursus tahun lepas..kita mesti ada ILMU, MENTOR & SISTEM. dgn adanya 3 perkara ni, apa sahaja biz yang kita buat akan berjaya...INSYA-ALLAH.